Gambar & Biodata Noor Hafizah Mohd Idrus, Juruterbang Comel Bertudung AirAsia (7 GAMBAR)


Pernah lihat perempuan jawat jawatan juruterbang? Jarang sekali. Pemikiran kita sinonim dengan perempuan jika memakai uniform syarikat penerbangan, pastinya dia seorang pramugari. 

Tetapi tidak bagi seorang gadis muda yang cantik ini menjawat jawatan penting dalam kerjayanya sebagai seorang juruterbang. 

Noorhafizah atau lebih dikenali dengan nama Fizzy Idrus, memilih kerjaya sebagai juruterbang di usia yang muda. Kebiasaannya, di usia sebegini, golongan gadis sebayanya lebih gemar melakukan perkara-perkara rutin seorang perempuan. 

Siapa sangka bahawa seorang wanita yang bersusuk tubuh kecil-kecil cili padi ini juga mampu menjadi seorang pilot dan mengemudi sebuah pesawat komersial Airbus.

Melihat Noorhafizah sebagai juruterbang, membuatkan kami rasa kagum kerana beliau berani memilih kerjaya yang boleh dikatakan berisiko tinggi yang membawa nyawa beratus-ratus penumpang di udara, meskipun dalam istilah penerbangan bahawa pengangkutan udara adalah pengangkutan yang paling selamat di dunia.


Berikut kami kongsikan gambar dan biodata Hafizah.

Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus

Nama Samaran: Fizzy Idrus

Tarikh Lahir: 21 September 1984 (Umur: 30 Tahun)

Asal: Taiping Perak


Alamat Terkini: Cheras Kuala Lumpur

Pendidikan: Sek Keb Taiping,  Sek Keb Tun Razak, Kolej Tunku Kursiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Akademi Penerbangan Malaysia Batu Berendam Melaka.

Bidang: Ijazah Multimedia (UKM)

Bermula Kareer Juruterbang: Berhenti belajar di UKM dan sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.

Jawatan Terkini: Senior First Officer (Kapten) AirAsia X

Gambar & Biodata Noor Hafizah Mohd Idrus, Juruterbang Comel Bertudung AirAsia (7 GAMBAR) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel